Hai, Salam perkenalan. Cik Bunga Kekwa adalah nama yang aku guna sejak sekian lamanya dalam bermedia sosial dan aku akan gunakan lagi untuk memulakan semula aktiviti blogging yang dah berkurun aku tinggalkan. Blog ini akan aku gunakan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman aku berpetualang ke tempat orang dari secara solo sehinggalah berrombongan mak kiah. Ya, aku suka travel dan meneroka tempat-tempat baru. biasanya aku akan kongsi pengalaman melalui gambar di facebook atau instagram, tapi aku tak rasa puas, jadi aku akan gunakan platform blogging untuk menceritakan lebih banyak tentang pengalaman-pengalaman dan tips untuk korang buat rujukan.semoga memberi manfaat. Until next time 😉 CBK